Sunday, December 20, 2009

4 ANAK ABAH

Abah ada 4 anak
2 L 2P
Semua sibuk dengan diri sendiri

L1 sibuk giler
Belajar sampai pagi

SMS pun sibuk juga
Leka, lupa

L2 belajar juga
Letih belajar dia lena
Kekadang kita tertanya
Letih kerana lena atau
Lena kerana letih

2P juga sibuk
Sibuk dengan diri sendiri

P1 nun sana
Belajar macam nak mati
Sampai dinihari

Kata dia
Nak hidup kena struggle
Masa depan kena jaga

Kata kita
Mak bapak pun kena jaga juga
Jangan buat macam dah tiada
Jangan ingat bila perlu aja

P2 pun sibuk juga
Sibuk memikir masa tua
Adakah masih ada yang jaga
Bila abah dan umi dah tutup mata

Namun….

Dia tetap setia
Setia pagi, setia petang

Tunggu abah dan umi pulang