Wednesday, February 17, 2010

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA

Melayu itu irihati
Melayu itu tewas dipuji
Melayu itu putus asa
Melayu itu mengamuk
Melayu itu bomoh
Melayu itu malas
Melayu itu meminta
Melayu itu subsidi
Melayu itu leka
Melayu itu tak satu
Melayu itu sensitif
Melayu itu dendam
Melayu itu mudah lupa

Wednesday, January 20, 2010

Begitu Hebat

Begitu hebat pak menteri
Derma sana derma sini, macam duit sendiri

Begitu hebat orang politik
Rasuah jadi sarapan pagi

Begitu hebat orang meragut
Polis pun dah naik kalut

Begitu hebat orang merompak
sesuka hati dia tembak

Begitu hebat pengantin baru
pagi ke senja cumbu rayu, macam tak rasa masa berlalu

Begitu hebat orang bercinta
Bau busuk harum belaka, engkaulah segalanya

Begitu hebat si anak muda
buang bayi di masjid terbuka.

Begitu hebat syurga Ilahi
tidak terjangkau akal diberi.

Begitu hebat puisi Melayu
dikendur berdentang, ditarik berjela

Sajak asal oleh Ahmad Fedtri Yahya dalam Malam Puisi Pena. Diubah dan disusun semula bagi menesuaikannya dengan lenggang dan lenggok saya.. setulangdaing

Sunday, December 20, 2009

4 ANAK ABAH

Abah ada 4 anak
2 L 2P
Semua sibuk dengan diri sendiri

L1 sibuk giler
Belajar sampai pagi

SMS pun sibuk juga
Leka, lupa

L2 belajar juga
Letih belajar dia lena
Kekadang kita tertanya
Letih kerana lena atau
Lena kerana letih

2P juga sibuk
Sibuk dengan diri sendiri

P1 nun sana
Belajar macam nak mati
Sampai dinihari

Kata dia
Nak hidup kena struggle
Masa depan kena jaga

Kata kita
Mak bapak pun kena jaga juga
Jangan buat macam dah tiada
Jangan ingat bila perlu aja

P2 pun sibuk juga
Sibuk memikir masa tua
Adakah masih ada yang jaga
Bila abah dan umi dah tutup mata

Namun….

Dia tetap setia
Setia pagi, setia petang

Tunggu abah dan umi pulang